Pakej Tour Medan Danau Toba Samosir Bukit Lawang 6D5N

Tour Overview

Pakej Tour Medan Danau Toba Samosir Bukit Lawang 6D5N menggabungkan keindahan alam, budaya Batak, serta pengalaman unik jungle trekking bersama orang utan di habitat aslinya. Perjalanan bermula dari Medan menuju Danau Toba, tasik vulkanik terbesar di Asia Tenggara. Anda akan menyeberang ke Pulau Samosir yang terkenal dengan warisan budaya Batak, makam raja, tarian Sigale-Gale, kain ulos, serta panorama menakjubkan dari Bukit Holbung, Bukit Sibea-Bea, dan Air Terjun Efrata.

Selepas itu, tour diteruskan ke Taman Simalem Resort dengan pemandangan Danau Toba dari ketinggian dan suasana resort yang nyaman, kemudian menuju Berastagi yang sejuk dengan tarikan Bukit Gundaling, Pasar Buah segar, serta Pagoda Taman Lumbini. Dari Berastagi, perjalanan berlanjut ke Bukit Lawang – gerbang utama Taman Negara Gunung Leuser. Di sini, anda akan merasai pengalaman jungle trekking sekitar 3 jam ditemani ranger tempatan untuk melihat orang utan liar di hutan tropika.

Di penghujung perjalanan, anda akan menikmati Medan City Tour dengan melawat Istana Maimun, Masjid Raya Medan, serta berkesempatan mencuba durian Ucok yang terkenal. Pakej ini sesuai untuk anda yang ingin menikmati kombinasi lengkap – keindahan Danau Toba, kesejukan Berastagi, serta petualangan alam di Bukit Lawang.

Tour Highlights

  • Menginap 2 malam di Pulau Samosir yang tenang
  • Melawat Makam Raja Sidabutar & tarian Sigale-Gale di Tomok
  • Panorama Bukit Holbung, Bukit Sibea-Bea & Air Terjun Efrata
  • Aktiviti di Taman Simalem Resort dengan view Danau Toba
  • Lawatan ke Berastagi: Pasar Buah, Bukit Gundaling & Taman Lumbini
  • Jungle trekking 3 jam melihat orang utan di Bukit Lawang
  • Medan City Tour: Istana Maimun, Masjid Raya & kuliner Medan
  • 1 malam menginap di Berastagi, 1 malam di Bukit Lawang & 1 malam di Medan

Included/Excluded

  • Penginapan 5 malam di hotel berbintang (2N Samosir, 1N Berastagi, 1N Bukit Lawang, 1N Medan)
  • Makan mengikut program (Sarapan / Lunch / Dinner)
  • Pengangkutan berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Tiket feri Parapat – Samosir – Tigaras
  • Tiket masuk objek wisata seperti jadual program
  • Jungle trekking 3 jam di Bukit Lawang bersama ranger tempatan
  • Air mineral setiap hari dalam perjalanan
  • Pemandu merangkap tour guide untuk kumpulan di bawah 12 orang
  • Professional tour guide berlesen untuk kumpulan 13 orang ke atas
  • E-Toll dan Parking
  • Tiket penerbangan pergi & balik
  • Perbelanjaan peribadi (laundry, telefon, minibar, dll.)
  • Tip untuk driver/guide & porter hotel
  • Lawatan tambahan/opsional di luar jadual program

Tour Plan

HARI 1
  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, disambut wakil Aulia Tour Medan
  • Bertolak ke Parapat melalui Siantar sambil menikmati pemandangan ladang kelapa sawit & getah
  • Singgah di Kedai Paten membeli kudapan khas seperti tengteng & tingting
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Berhenti di Pantai Bebas untuk bergambar dengan latar "I Love Danau Toba"
  • Naik feri ke Pulau Samosir
  • Daftar masuk hotel & berehat
  • Makan malam di restoran hotel
HARI 2
  • Sarapan pagi di hotel
  • Lawatan ke Kampung Tomok: Makam Raja Sidabutar & tarian Sigale-Gale (opsional)
  • Beli cenderahati di Pasar Tomok
  • Terokai Huta Siallagan: Batu kerusi & perkampungan Batak tradisional
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Kunjungi Bukit Holbung & Bukit Sibea-Bea untuk panorama Danau Toba
  • Melawat Air Terjun Efrata
  • Singgah di Kampung Ulos Huta Raja melihat tenunan tradisional Batak
  • Pulang ke hotel, makan malam & berehat
HARI 3
  • Sarapan pagi & daftar keluar hotel
  • Naik feri ke Tiga Ras
  • Berhenti di Bukit Simarjarunjung
  • Lawatan ke Air Terjun Sipiso-Piso
  • Tiba di Taman Simalem Resort: makan tengah hari & aktiviti resort
  • Bertolak ke Berastagi
  • Singgah di Bukit Gundailing menikmati view Gunung Sinabung
  • Lawatan ke Pasar Buah Berastagi & Taman Lumbini
  • Daftar masuk hotel, makan malam & berehat
HARI 4
  • Sarapan pagi & daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Bukit Lawang melalui Telaga Langkat
  • Berhenti menikmati pemandangan Gunung Sinabung
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Tiba di Bukit Lawang, daftar masuk hotel
  • Petang santai di Taman Negara Gunung Leuser
  • Makan malam di restoran hotel
HARI 5
  • Sarapan pagi di hotel
  • Jungle trekking 3 jam bersama ranger tempatan melihat orang utan liar
  • Kembali ke hotel untuk makan tengah hari
  • Daftar keluar & bertolak ke Medan
  • Daftar masuk hotel di Medan
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Opsional: menikmati durian Medan di Ucok Durian (bayar sendiri)
HARI 6
  • Sarapan pagi & daftar keluar hotel
  • Lawatan ke Istana Maimun, warisan Kesultanan Deli
  • Melawat Masjid Raya Medan
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Kualanamu untuk penerbangan pulang