Ingin merasai percutian penuh pengalaman unik di Sumatera Utara? Trip Medan 5 Hari: Tour Pulau Samosir & Taman Simalem Resort ini membawa anda menjelajah keindahan alam semula jadi, budaya Batak yang unik, serta kuliner tempatan yang menggoda selera.

Pakej ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmati:

  • Panorama Danau Toba – tasik gunung berapi terbesar di dunia.
  • Malam di Pulau Samosir – pusat budaya Batak yang penuh legenda.
  • Pengalaman istimewa di Taman Simalem Resort – panorama menakjubkan dari puncak.
  • Wisata Berastagi – bandar sejuk dengan buah segar dan Pagoda Lumbini.
  • City Tour Medan – melawat Istana Maimun, Masjid Raya, kuil, dan vihara bersejarah.
  • Wisata belanja & oleh-oleh Medan – dari Bika Ambon, Bolu Meranti hingga Pancake Durian.

Dengan susunan perjalanan yang lengkap, percutian ini menggabungkan keindahan alam, sejarah, budaya, dan kuliner dalam satu pakej. Sama ada anda datang bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan, pakej Medan Danau Toba 5H4M ini menjanjikan memori indah yang sukar dilupakan.

📍 Hari Pertama: Ketibaan di Medan – Siantar – Parapat Danau Toba

Setibanya di Bandara Kualanamu, anda akan disambut mesra oleh wakil Aulia Tour Medan. Perjalanan dilanjutkan ke Siantar, singgah sebentar di Toko Paten untuk membeli kudapan khas seperti ting-ting, teng-teng, dan pang-pang. Setelah itu menuju Parapat, sebuah bandar kecil di tepi Danau Toba. Selesai check-in hotel, malam harinya anda dijemput untuk makan malam sambil dihibur dengan musik tradisional Batak.

📍 Hari Kedua: Pulau Samosir – Simarjarunjung – Air Terjun Sipiso Piso – Taman Simalem Resort

Selepas sarapan, anda menyeberang ke Pulau Samosir dengan bot. Di Desa Tomok, anda akan melihat makam Raja Sidabutar, muzium Batak, dan berpeluang menyaksikan Tarian Sigale-gale. Seterusnya berbelanja di Pasar Tomok untuk cenderamata. Setelah kembali ke Parapat dan makan siang, perjalanan diteruskan ke Bukit Simarjarunjung untuk menikmati teh jahe dan pisang goreng (perbelanjaan sendiri) serta pemandangan Danau Toba dari ketinggian. Singgah pula di Air Terjun Sipiso Piso, lalu menuju Taman Simalem Resort untuk check-in dan makan malam.

📍 Hari Ketiga: Sunrise Simalem – Berastagi Tour – Medan

Pagi hari anda berpeluang menyaksikan matahari terbit dari One Tree Hill, panorama luar biasa Danau Toba dari sisi utara. Setelah sarapan dan check-out, perjalanan ke Berastagi. Lawatan ke Farm Gundailing untuk melihat pengolahan susu dan ice cream segar, kemudian ke Pagoda Taman Lumbini, replika Swedaghon tertinggi kedua di Asia Tenggara. Seterusnya, singgah di Pasar Buah Berastagi untuk menikmati buah segar khas Karo. Perjalanan diteruskan ke Medan, city tour ke Istana Maimun, Masjid Raya Al Mashun, Vihara Gunung Timur, dan Kuil Sri Mariaman. Malamnya, nikmati makan malam di restoran lokal dan pengalaman makan Durian Medan di Kedai Ucok (perbelanjaan sendiri).

📍 Hari Keempat: Medan City Tour – Wisata Belanja

Selepas sarapan, anda akan dibawa ke Rumah Noerlen, tempat pembuatan sirup markisa tradisional. Seterusnya membeli oleh-oleh khas Medan seperti Bolu Meranti, Bika Ambon, Pancake Durian, dan kopi Medan. Nikmati suasana kota Medan sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

📍 Hari Kelima: Transfer ke Bandara Kualanamu

Selepas sarapan dan check-out hotel, anda akan diantar ke Bandara Kualanamu untuk penerbangan pulang. Tour berakhir dengan penuh kenangan indah bersama Aulia Tour Medan.

Harga Pakej Termasuk

✅ Hotel mengikut pilihan (sekamar berdua atau bertiga)
✅ 1 Malam di Parapat, 1 Malam di Pulau Samosir, 1 Malam di Taman Simalem Resort, 1 Malam di Medan
✅ Makanan mengikut program (4x Sarapan, 4x Makan Tengahari, 4x Makan Malam)
✅ Pengangkutan selesa Full AC sepanjang perjalanan
✅ Pemandu merangkap guide yang berpengalaman
✅ Tiket feri penyeberangan Parapat – Pulau Samosir – Parapat
✅ Tiket masuk ke semua tempat pelancongan dalam itinerari
✅ Air mineral 1 botol seorang setiap hari

Harga Pakej Tidak Termasuk

❌ Tiket penerbangan pergi balik ke Medan
❌ Airport tax & caj bagasi
❌ Lawatan tambahan / optional tour di luar program
❌ Perbelanjaan peribadi (minuman, laundry, telefon, dll.)
❌ Tipping untuk pemandu merangkap guide