Pakej Medan Danau Toba 6H5M: Tour Samosir Berastagi & Medan

Tour Overview Medan Lake Toba Toba 6D5N

Pakej Medan Danau Toba 6H5M: Tour Samosir Berastagi & Medan adalah perjalanan terbaik untuk anda yang ingin merasai pesona alam, budaya dan kuliner Sumatera Utara. Dalam tempoh 6 hari 5 malam, anda akan dibawa menjelajahi destinasi paling ikonik termasuk Danau Toba, Pulau Samosir, Taman Simalem Resort, Berastagi serta city tour Medan.

Perjalanan bermula dari Parapat, sebuah bandar kecil di tepi Danau Toba. Dari sini, anda akan menyeberang ke Pulau Samosir yang kaya dengan sejarah dan budaya Batak. Lawatan ke Desa Tomok, Desa Siallagan, Bukit Holbung, Air Terjun Efrata dan Bukit Sibea-bea akan memberikan pengalaman unik menikmati panorama tasik vulkanik terbesar di Asia Tenggara.

Tidak hanya itu, pakej ini juga membawa anda ke Taman Simalem Resort yang menawarkan pemandangan menakjubkan Danau Toba dari sudut berbeza. Di Berastagi, anda akan menikmati udara sejuk tanah tinggi, melawat Pagoda Taman Lumbini, Pasar Buah dan melihat megahnya Air Terjun Sipiso-piso.

Akhir perjalanan ditutup dengan city tour Medan, meliputi Istana Maimun, Vihara Gunung Timur, Graha Annai Velangkanni serta peluang menikmati durian Ucok yang terkenal. Pakej ini sesuai untuk keluarga, rakan dan rombongan syarikat kerana menggabungkan keindahan alam, budaya, sejarah dan kuliner dalam satu itinerary lengkap.

Tour Danau Toba Highlights

  • Menyusuri keindahan Danau Toba & Pulau Samosir
  • Lawatan budaya Batak di Desa Tomok & Desa Siallagan
  • Panorama indah Bukit Holbung, Bukit Sibea-bea & Air Terjun Efrata
  • Nikmati udara sejuk di Berastagi & Taman Simalem Resort
  • Saksikan megahnya Air Terjun Sipiso-piso setinggi 120 meter
  • City tour Medan: Istana Maimun, Vihara Gunung Timur & Graha Annai Velangkanni
  • Peluang menikmati kuliner khas Medan termasuk durian Ucok
  • Menginap satu malam di Parapat: Hotel bintang 3/4 di tepi Danau Toba
  • menginap dua malam di Pulau Samosir: Resort dengan pemandangan tasik
  • Menginap satu malam di Berastagi: Hotel nyaman berhawa sejuk di tanah tinggi
  • Menginap satu malam di Medan: Hotel moden berdekatan pusat bandar

Included/Excluded

  • Penginapan 5 malam (1N Parapat, 2N Pulau Samosir, 1N Berastagi, 1N Medan)
  • Makan mengikut itinerary: 5x sarapan pag, 5x makan tengah hari, dan 5x makan malam
  • Kenderaan pelancongan berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Tiket feri Parapat – Samosir – Tigaras
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan seperti disebut dalam itinerary
  • Driver merangkap Tour Guide (untuk peserta dibawah 12 orang)
  • Professional Tour Guide (untuk peserta diatas 13 orang)
  • Air mineral 1 botol seorang setiap hari
  • E-Toll dan Parking
  • Flight Ticket
  • Personal expenses
  • Optional tour
  • Tips untuk Professional Tour Guide dan Driver

Tour Plan

DAY 1
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, disambut wakil Aulia Travel.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Singgah di Kota Siantar melalui ladang kelapa sawit & getah.
  • Lawatan ke Kuil Dwi Kwam Im Siantar, dengan patung Dewi Kwan Im setinggi 28 meter (tertinggi di Asia Tenggara).
  • Tiba di Parapat, daftar masuk hotel.
  • Makan malam di Atsari Restaurant dengan muzik tradisional Batak.
  • Acara bebas & bermalam di Parapat.
DAY 2
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke Pantai Bebas Parapat & bergambar di landmark I Love Danau Toba.
  • Perjalanan ke Desa Pardamean Sibisa untuk menikmati panorama indah dari The Kaldera Toba Nomadic Escape.
  • Kembali ke Parapat, makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Menyeberang ke Pulau Samosir melalui Pelabuhan Ajibata.
  • Lawatan ke Desa Tomok (rumah adat Batak, Sigale-gale, makam Raja Sidabutar, megalitikum).
  • Teruskan ke Desa Siallagan (kampung wisata dengan sejarah Batak).
  • Daftar masuk hotel di Samosir, makan malam & acara bebas.
DAY 3
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke Kota Pangururan.
  • Kunjungan ke Bukit Holbung – savana hijau dengan panorama Danau Toba.
  • Teruskan ke Air Terjun Efrata setinggi 26 meter.
  • Nikmati pemandangan indah di Bukit Sibea-bea.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Singgah di Pantai Batu Hoda, pantai unik dengan batu semula jadi.
  • Balik ke hotel, makan malam & acara bebas.
DAY 4
  • Sarapan pagi & daftar keluar hotel.
  • Naik feri dari Pelabuhan Simanindo ke Tigaras.
  • Singgah di Bukit Indah Simarjarunjung (boleh cuba pisang goreng & teh halia – kos sendiri).
  • Lawatan ke Desa Tongging untuk melihat megahnya Air Terjun Sipiso-piso (120m).
  • Makan tengah hari di Taman Simalem Resort sambil menikmati pemandangan Danau Toba.
  • Perjalanan ke Berastagi, bandar sejuk di tanah tinggi.
  • Daftar masuk hotel, makan malam & acara bebas.
DAY 5
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke Bukit Gundailing dengan pemandangan Gunung Sinabung & Sibayak.
  • Singgah di Gundailing Farmstead (proses pembuatan susu, keju, aiskrim).
  • Lawatan ke Pagoda Taman Lumbini (replika Pagoda Shwedagon).
  • Nikmati buah segar di Pasar Buah Berastagi.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Bertolak ke Medan melalui Sembahe.
  • Lawatan ke Istana Maimun, Vihara Gunung Timur, & Graha Annai Velangkanni.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Singgah di Kedai Ucok untuk menikmati durian Medan (kos sendiri).
  • Bermalam di hotel Medan.
DAY 6
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke Rumah Noerlen (proses pembuatan sirap markisa tradisional).
  • Masa membeli-belah oleh-oleh khas Medan.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu untuk penerbangan pulang.
  • Tamat program – Jumpa lagi bersama Aulia Travel Medan!